Showing posts with label Heritage. Show all posts
Showing posts with label Heritage. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Steam Locomotive 564.36 Temerloh



Lokomotif ini pernah digunakan penghujung tahun 1990an untuk larian train peninsular dari Gemas - Tampin - Gemas. Tapi sekarang disimpan sebagai tontonan di Gemas.

Tuesday, August 4, 2009

Sejarah Keretapi Singapore




Diambil dari majalah Warisan KTMB


Saturday, July 4, 2009

Telefon Putar


Telefon yang berfungsi untuk menghubungkan antara 2 tempat sahaja menggunakan kuasa bateri. Apabila pemutar diputar, tempat yang lagi satu akan tersengar bunyi deringan dan boleh bercakap seperti telefon biasa.

Tuesday, June 30, 2009

Alat Timbang Barang Lama



Alat ini digunakan untuk menimbang barang-barang yang hendak dihantar sebagai parcel di stesen keretapi. Sekarang alat ini sudah tidak digunakan lagi.

Tiket-tiket Kad

Tiket untuk dewasa



Tiket kanak-kanak




Tiket barang-barang kecil

Pencetak Tarikh Tiket Kad




Sebelum KTMB mengeluarkan tiket berkomputer, tiket keretapi dahulu menggunakan tiket bebentuk kad bersaiz sebesar 2 jari sahaja. Tiket kad ini mempunyai no. siri yang tertentu dan tarikh perjalanan dicetak menggunakan alat ini.

Tuesday, June 23, 2009

Old Inspection Trolly

Suati ketika dulu, trolly ini digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pemeriksaan landasan. Supervisor akan menaiki trolly ini dan pekerja-pekerja akan menolak dari belakang. Tapi sekarang sudah tidak digunakan lagi apabila trolly berinjin mengambil tempatnya.

Old Shunting Limit Board


Shunting Limit Board jenis ini sudah tidak digunakan lagi. Bahagian atas terdapat tempat meletak lampu/pelita pada waktu malam untuk memudahkan pemandu melihat.

Maintenance Border Board

Papan tanda sempadan penyelenggaran digunakan untuk menunjukkan sempadan kawasan jagaan bagi seseorang penyelia membuat penyelenggaraan. Sejak penggunaan tiang kilometer diperkenal, papan tanda ini sudah tidak digunakan lagi kerana sempadan penyelenggaraan dibuat berdasarkan kilometer.

Halt Board


Papan tanda hentian di pasang di sesebuah perhentian kereta api. Sekarang sudah tidak berfungsi lagi. Tinggal sejarah sahaja kerana kebanyakan hentian sudah tidak ujud lagi.

Miles Post

Miles Post atau tiang penandaan batuan ditanam di sepanjang landasan untuk memberi panduan kepada pemandu dan pekerja penyelenggaraa, Tiang ini ditanam setiap 0.25 batu. Sejak kiraan kilometer digunakan, tiang penandaan batuan sudah tidak digunapakai lagi. Tinggal sebagai sejarah di sesetengah tempat.

Monday, June 22, 2009

Telegraph Post


Tiang telegraph suatu masa dahulu menempatkan talian telegraph untuk perhubungan antara stesen-stesen dan perhubungan bila sesuatu tren gagal dalam seksyen. Di tiang itu sendiri terdapat nombor bagi memberi panduan kepada pemandu dan pekerja penyenggaraan. Sekarang sudah tidak digunakan lagi sejak kabel optik mengambil tempat.

Sunday, June 21, 2009

Bell

Loceng adalah begitu sinonim dengan keretapi, walaupun ianya bukanlah satu daripada alat persemboyanan, tetapi ia merupakan alat komunikasi yang berkesan antara Ketua Stesen dengan penumpang. Apabila bunyi loceng kedengaran di stesen ianya bermakna tren akan menghampiri stesen atau tren akan berlepas.

Friday, June 19, 2009

Old Locomotive On Old Railway Station


Lokomotif Lama di Stesen Kereta api lama Singapore. Stesen ini sudah tidak ujud lagi kerana laluan telah dilencongkan melalui Bukit Timah.