Saturday, July 4, 2009

Lever




Rak tuas ini digunakan untuk menukar dan mengunci point serta menundukkan semboyan mekanikal. Sebelum adanya elektrik point, point dan semboyan diset secara mekanikal iaitu menggunakan lever yang ditempatkan di pondok lever. Setiap lever ,e,punyai fungsi yang tertentu. Selalunya lever yang bewarna merah untuk menundukkan semboyan manakala yang bewarna putih untuk mengset point.

Lever yang berderetan sebegini adalah bagi stesen jenis kunci kait penuh iaitu setiap lever yang hendak diset hendaklah mengikut turutan yang saling berkait. Jika berlaku percanggahan lever tidak boleh diturunkan. Dalam deretan lever itu juga ditempatkan tuas agong atau king lever yang berwarna coklat.

No comments:

Post a Comment