AKU MEMANG MEMINATI KERETA API SEJAK DARI KECIL LAGI. AKU CUBA DAPATKAN GAMBAR YANG BERKAITAN DUNIA KERETA API DAN CUBA MEMBERI PENERANGAN MENGIKUT PENGETAHUAN CETEK AKU.
Saturday, July 4, 2009
Lever
Rak tuas ini digunakan untuk menukar dan mengunci point serta menundukkan semboyan mekanikal. Sebelum adanya elektrik point, point dan semboyan diset secara mekanikal iaitu menggunakan lever yang ditempatkan di pondok lever. Setiap lever ,e,punyai fungsi yang tertentu. Selalunya lever yang bewarna merah untuk menundukkan semboyan manakala yang bewarna putih untuk mengset point.
Lever yang berderetan sebegini adalah bagi stesen jenis kunci kait penuh iaitu setiap lever yang hendak diset hendaklah mengikut turutan yang saling berkait. Jika berlaku percanggahan lever tidak boleh diturunkan. Dalam deretan lever itu juga ditempatkan tuas agong atau king lever yang berwarna coklat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment